fbpx

“8 Tahun Saya Seorang Jawab Soal Rumah Tangga”

Selepas ‘kekecohan’ yang tercetus akibat meninggalkan komen bebaur sindiran kepada suami, Alyah menjelaskan tidak berniat untuk mengaibkan suami, cuma sudah penat seorang diri menjawab persoalan rumah tangga selama 8 tahun.

BACA: Alyah Dedah Masalah Rumah Tangga, Buka Aib Ramli MS

“Saya anggarkan 2 hari Lepas adalah hari terburuk saya untuk sepanjang tahun ini. Sebelum saya turunkan komen saya di ig dia saya dah tahu apa akibatnya. Dan saya sangat pasti dengan apa yang saya buat”

“Saya tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Dan kejadian ini tidak terjadi pada setiap hari. Saya Percaya ini juga gerak Dari Allah swt bagi mengingatkan saya juga dia dan mungkin kami terleka dengan Ego dan sifat sering menyalahkan”

“Selama 8 tahun hanya saya saja yang menjawab segala persoalan mengenai rumahtangga saya. Dan hari ini saya ingin memberitahu yang saya tidak akan lagi menjawab soalan, terpulang kepada kamu ingin mentafsirkan apa,” tulisnya.

Jelas Alyah, beliau menyedari akibat terhadap tindakannya yang terbuka mendedahkan pergolakkan rumah tangga dan menerima sebarang kemungkinan. Alyah juga tegas enggan lagi memberikan komen mengenainya lagi.

Dalam masa yang sama Alyah turut memohon maaf di atas tindakannya andai membuatkan mana-mana pihak terguris dan mengecewakan sesiapa. Lagikan lidah sendiri tergigit, ini kan pula hubungan suami isteri, harap Alyah tabah. (rtky/w)