fbpx

“Saya Ragu Nak Bekerja Dengan Rakan Lakon Lelaki Saya Sekarang”

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai isu jenaka rogol melibatkan selebriti tanah air sehingga mengundang kecaman dan kemarahan netizen.

Susulan isu tersebut, pelakon Nadiya Nisaa mengakui ada segelintir penggiat seni tidak mempedulikan soal adab dan etika dalam bekerja serta ragu untuk bekerja dengan rakan lakon lelaki sekarang.

BACA: Surah al-Baqarah Buka Mata Nadiya Nisaa

“Berikutan kes baru-baru ini, telah membuka mata kita bahawa masih ada yang buta akan soal adab dan etika bekerja.

“Ini membuatkan kita tidak bertanggungjawab terhadap peranan masing-masing dalam penghasilan satu karya. Saya ragu untuk bekerja dengan rakan lakon lelaki saya sekarang.

“Justeru itu, CoC (Code of Conducts & Standard Practice ) harus diadakan segera supaya saya boleh berbincang dan usulkan kepada pihak produksi yang sedang saya jalankan penggambaran sekarang,” katanya.

Difahamkan, sebanyak 29 syarikat, anggota gabungan serta 50 penggiat filem, TV dan penerbitan mengadakan inisiatif berikrar menyokong satu Tatakelakuan bagi misi menjaga integriti industri hiburan tempatan.