fbpx

Surah al-Baqarah Buka Mata Nadiya Nisaa

Nekad untuk mula berhijab sejak Ramadhan lalu membuatkan Nadiya Nisaa ingin terus mempelajari serta mendalami ilmu agama Islam. Tidak cukup hanya menutup aurat, Nadiya meneruskan usahanya bersunguh-sunguh mengisi masa terluang beliau mempelajari pengetahuan agama supaya dirinya sentiasa istiqamah selain memiliki pegangan yang lebih sempurna.

BACA: Nadiya Nisaa Bertudung Sejak Hamil Anak Kedua

“Saya merancang menutup kepala sejak Ramadan lalu terutama selepas mengisi masa sepanjang bulan puasa pergi ke kelas agama, ketika itu saya sedang hamil anak kedua. Selepas Ramadan berlalu, saya meneruskan pembelajaran di surau dekat rumah dengan mempelajari ilmu tafsir”

“Hati saya begitu tersentuh apabila dapat memahami pengertian surah al-Baqarah yang betul-betul membuka mata mengenai Islam. Saya harap kelas itu dapat diteruskan walaupun sudah mulai sibuk dengan penggambaran tetapi saya akan sedaya upaya mengimbangi antara tugasan dan jadual untuk keluarga dan kerjaya,” katanya kepada portal Malaysiakini.

Pernah beberapa kali melakonkan watak wanita bertudung sebelum ini membuatkan Nadiya merasakan penghijrahan ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ianya mendapat reaksi positif daripada suami dan juga keluarga. Malah dalam masa yang sama berkat doa peminat sebelum ini juga antara sebab penghijrahan beliau serta sokongan yang tidak henti. (rkty/w)