“Saya Pernah Tertekan Dikatakan Menumpang Pengaruh Bapa”
Sejak penularan wabak COVID-19 di negara kita, setiap hari ramai yang menantikan kelibat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob untuk memberikan maklumat terkini mengenai keadaan negara.
Hampir 12 tahun menceburkan diri dalam dunia seni, Dafi Ismail Sabri sudah faham asam garam sebagai seorang selebriti. Malah, dia juga sudah lali dikaitkan dengan status bapanya serta didakwa menumpang kesenangan keluarga.
BACA: “Bapa Saya Menteri, Tapi Saya Rakyat Biasa Tak Boleh Ingkar Arahan”
“Tak dinafikan, ketika mula menceburi kerjaya seni pada 2008 dengan menyertai Akademi Fantasia 5 (AF5) dahulu, saya pernah tertekan kerana sering dikaitkan dengan pengaruh bapa.
“Namun, sekarang dah tak kisah pun jika masih ada pihak yang nak mengata macam-macam terutama mengaitkan saya menumpang pengaruh bapa dan hidup dalam kemewahan keluarga,” katanya kepada Harian Metro.
Ujarnya lagi, sebagai anak dia berbanga dengan populariti dan kejayaan diraih bapanya dalam bidang politik. Malah, menjadikan bapanya sebagai inspirasi untuk terus berjaya dalam kerjaya seni.
“Kecekalan papa dalam kerjaya politiknya menjadi inspirasi kepada saya untuk teruskan usaha mengorak langkah sejauh mungkin dalam kerjaya seni diminati.
“Saya mungkin tiada bakat dalam politik, tetapi peluang mengejar impian dan membina nama dalam kerjaya seni perlu saya lakukan dengan fokus serta komited,” katanya.
Dalam pada itu, Dafi mengakui rindukan dunia nyanyian dan merancang untuk tampil dengan lagu baharu. Katanya, dia kini dalam proses mendapatkan lagu sesuai dengan vokal dan sedap didengar.
“Saya sebenarnya bercadang mahu aktif menyanyi semula dan muncul dengan lagu baharu yang ‘catchy’ didengar. Namun, apakan daya, kini penularan Covid-19 menyerang negara,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Sape siot dafi ni. Aku kenal isa khan je.
sedikit sebanyak betol.. kalu x ko xkn jd artis pun setakat vokal camtu
Jadi sekarang dah tak malu menumpang popularity bapa lah ya.. Malah ambil kesempatan atasnya… ?
Dafi ni something…
Hmmmm hensem juga si dafi ni….geram nengok putih gebuh halus mulus dia ni…isap kote dia baru dia tau
rotikaya admin. tolong block komen ishak ridwan ni. apa yg dia type lucah dan boleh dianggap menyalahi undang2 kerana aktivoti yg ditulisnya berkenaan sex luar tabii etc. thank you.
kepammm
Ishak Ridwan ni penyokong tegar syiah Zarina Anjoulie. Mana2 ada komen dia nk bekap Tuan dia… mulut pun lucah sama dengan Tuan dia