fbpx

“Saya Pernah Terfikir Tidak Akan Mempunyai Zuriat”

Pasti ramai tahu kisah perjuangan KDYMM Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam memperoleh cahaya mata sendiri. Disebalik senyuman manis, baginda pernah diuji dengan enam kali episod keguguran.

Gagal hamil selepas 9 tahun berkahwin, baginda mengakui hampir putus asa. Namun, setelah 17 kali melalui proses pensenyawaan luar rahim, akhirnya baginda berjaya hamil dengan menggunakan kaedah IVF (In-Vitro Fertilization).

BACA: Tunku Azizah Bantu Izzue Islam Dapatkan Rawatan IVF

Terdahulu, Tunku Azizah pernah berkata baginda tidak malu untuk katakan kepada seluruh dunia bahawa saya juga mengalami masalah dan kesukaran menimang cahaya mata.

“Saya satu-satunya Permaisuri di dunia yang mempunyai empat cahaya mata hasil rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).

“Saya tidak malu katakan kepada seluruh dunia bahawa saya juga mengalami masalah dan kesukaran menimang cahaya mata. Usaha ini mengambil masa lebih sembilan tahun,” titah baginda seperti dipetik BH Online.

Menerusi perkongsian di Intagram baru-baru ini, baginda ada memuat naik gambar-gambar anakandanya sewaktu kecil mengimbau kembali kenangan lama.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah kapsyen baginda yang meluahakan rasa syukur dikurniakan anugerah zuriat yang tidak ternilai daripada Allah ketika baginda pernah terfikir tidak akan mempunyai anak.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji baginda yang berjaya membesarkan kesemua anakanda dengan baik dengan sifat merendah diri, malah rata-rata rakyat sangat menyenangi keluarga baginda.

Untuk pengetahuan anda, Tunku Azizah telah menubuhkan satu yayasan yang diberi nama Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) sejak tahun 2004 bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan zuriat.