fbpx

Tunku Azizah Bantu Izzue Islam Dapatkan Rawatan IVF

Hampir enam tahun berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata, Izzue Islam meluahkan rasa terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ingin membantu dia dan isteri, Awin Nurin untuk mendapatkan zuriat.

Akui tekejut dengan bantuan tersebut, Izzue berkata dia menerima tawaran itu ketika bertemu dengan Tunku Azizah di belakang pentas selepas tamat pementasan teater Mak Yong, Oktober lalu.

BACA: Izzue Islam Minta Maaf Belum Bagi Zuriat Buat Isteri

“Saya memang terkejut dan terharu sangat apabila Tunju Azizah sendiri tawarkan nak bantu saya dan isteri untuk dapatkan zuriat.

“Kami bertemu di belakang pentans selepas saya habis pementasan teater Mak Yong. Waktu itu memang tak cakap banyak sebab segan tak tahu nak borak apa.

“Permaisuri ada bertanya mengenai kehidupan saya sebab baginda mengikuti perkembangan saya. Baginda ada kata kalau perlukan pertolongan, beritahu saja,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Izzue berkata dia belum berkesempatan lagi untuk bertemu Tunku Azizah untuk berbincang lanjut mengenai rawatan tersebut disebabkan jadual kerja yang padat dan merancang untuk bertemu baginda awal tahun hadapan.