Pelakon dan penyanyi Janna Nick berkongsikan pandangan imej wanita yang elegan (classy) adalah sesuatu yang semula jadi berdasar persekitaran pembesaran seseorang sejak kecil.
Menerusi perkongsian di Threads, Janna berkata dirinya lebih kepada imej ‘rempit’ kerana membesar di kampung dan sudah menunggang motosikal sejak usia 11 tahun lagi.
BACA: “Aku Tak Nak Tanya Apa-Apa, Harini Kita Makan Je” – Janna Nick Harap Azar Tak Hilang Lagi

“Saya rempit (bukan minah rempit yang pergi race malam) tapi sebab membesar dekat kampung. Umur 11 tahun dah pandai bawa motosikal.
“Pergi sekolah pun bawa moto sendiri untuk beberapa tahu. Pernah juga membesar dalam kawasan flat. Jadi, memang tidak boleh lari dari nampak rempit,” katanya.
Tambah Janna lagi, setiap individu membesar dalam latar belakang yang berbeza. dan tidak semua berpeluang hidup dalam serba mewah.
“Cuma nak cakap, bukan semua orang bernasib baik membesar dalam persekitaran yang classy dan classy itu tak boleh dibuat-buat. Kalau rempit tu, rempit saja la,” katanya.