Sudah bertahun-tahun bergelar anak seni, penyanyi Datuk Nora Ariffin turut tidak terlepas dengan segala fitnah dan makian daipada orang luar.
Malah, Nora berkata dia pernah digelar wanita jahil dan ‘psiko’ daripada seorang ustazah. Meskipun sudah memaafkan individu tersebut namun dia tidak dapat lupakan perkara itu.
BACA: Nora Ariffin Mengaku Video Cium Mulut Itu Anak Perempuannya
“Lumrah jadi orang popular. Difitnah, dikeji, dibenci dan dimaki, itu perkara biasa. Saya pernah dipanggil perempuan jahil dan ‘psiko’ oleh seorang ustazah. Walaupun dimaafkan tapi tak akan lupa sampai bila-bila,” katanya
Nora mendedahkan perkata itu menerusi perkongsian di Insta Story dengan menjawab beberapa soalan daripada peminatnya.
Ditanya mengenai bagaimana dia boleh kekal positif walaupun berhadapan dengan situasi negatif, Nora menganggap setiap yang berlaku pasti hikmahnya.
“Ingat, setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah. Semuanya dengan izin Allah. Tiada kebetulan. Kita kena selalu bersangka baik kepada ketentuan Allah, sama ada suka atau tidak,” katanya.