fbpx

Nora Ariffin Mengaku Video Cium Mulut Itu Anak Perempuannya

Hari ini di media sosial, hangat memperkatakan mengenai sebuah video yang tular memaparkan aksi panas sepasang remaja bercumbu sebelum ianya dimuatnaik untuk paparan umum di aplikasi TikTok.

Lebih mengejutkan, remaja perempuan di dalam video itu merupakan salah seorang anak perempuan kepada penyanyi terkenal Nora Ariffin iaitu Putri Nor Dahlia.

BACA: Hadiah Arwah Suami Untuk Nora Buat Peminat Sebak

Tampil memberi kenyataan mengenai isu itu, Nora mengakui gadis tersebut merupakan anak perempuannya. Akui terkilan dengan kejadian tersebut, Nora berkata dia telah melakukan yang terbaik untuk mendidik anak gadisnya.

“Dengan penuh rasa terkilan. Saya mengaku, video itu adalah dia,” kata penyanyi Nora Ariffin yang mengakui gadis yang bercium dengan seorang remaja lelaki dalam video yang tular adalah anak perempuannya, Putri Nor Dahlia.

“Sebagai seorang ibu, saya sudah cuba sedaya-upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik serta memberikan apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.

“Namun, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan. Dia masih muda dan ada banyak ruang untuk diperbaiki dan belajar daripada kehidupan. Sebagai ibu saya juga banyak kelemahan,” katanya.

Tambah Nora, dia berharap anak perempuannya itu akan belajar daripada kesilapan dan menjadi individu lebih baik pada masa akan datang.

“Saya berdoa semoga dia belajar daripada kesilapannya dan menjadi individu lebih baik. Kepada semua, berikan kami ruang dan ketenangan pada masa ini. Sama-sama doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing,” katanya.

Sementara itu, menerusi akaun Twitter anak gadis penyanyi itu menjelaskan situasi sebenar dan mengakui dirinya dipaksa. Ujarnya, dia memarahi lelaki berkenaan dan mengatakan hubungan mereka sudah pun berakhir.

“Saya dipaksa. Dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang dan cuba mengelak. Selepas ia berlaku saya duduk diam kerana saya malu dan tak tahu nak buat apa. Saya tak sanggup nak tumbuk dia, tapi saya marah dia selepas video itu dan kami sudah putus,” jelasnya.