fbpx

Menerusi satu perkongsian di Twitter, pelakon Uyaina Arshad mendedahkan pernah diminta berlakon ‘minum’ di kelab malam semata-mata untuk meraih populariti kerana dirinya kurang popular.

Uyaina berkongsikan pengalamannya itu selepas tular mengenai isu pelakon dipilih berdasarkan jumlah pengikut berjuta dan populariti.

BACA: Zul Ariffin Akui Tak Perlu Pegang-Pegang Untuk Hayati Watak

“Saya juga pernah kena teruk sebelum ini. ‘Uyaina, awak tak popular, perlu ada gosip liar. Apa kata awak pergi ke kelab malam dan pegang saja gelas kemudian berlakon sedang ‘minum’. Kemudian kita rekod atau ambil gambar, pasti nama awak terkenal selepas itu,” tulisnya.

Kata Uyaina lagi, meskipun perkara itu sudah empat tahun berlalu namun ianya masih segar lagi dalam ingatannya.

Bagaimanapun, Uyaina tidak mendedahkan sama ada individu yang memintanya melakukan hal tersebut daripada pihak stesen televisyen atau syarikat produksi.

Beberapa hari lalu tular apabila pelakon Nam Ron memuat naik tangkap layar syarat yang didakwa daripada sebuah syarikat penyiaran mengenai pemilihan pelakon berdasarkan jumlah pengikut media sosial.