Pelakon baru Nasuha Sulaiman melihat ianya sebagai pujian yang positif apabila ada yang mengatakan dia mempunyai wajah seiras pelakon Datin Lisa Surihani.
Memetik Harian Metro, Nasuha berkata dia tidak tertekan apabila digelar ‘the mini Lisa Surihani’ apatah lagi dia sememangnya mengagumi pelakon itu.
“Saya okay sangat bila orang kata muka kami sama. Saya sangat mengagumi beliau dari semua segi, jadi saya okay sahaja bila digelar ‘the mini Lisa Surihani’. Saya menganggap ia sebagai gelaran dan contoh yang baik, tiada masalah,” katanya.
Sementara itu, Nasuha tidak menafikan sememangnya wujud ‘beauty privilege’ dalam industri seni namun pada akhirnya bakat yang akan dilihat.
“Saya tak dinafikan ada ‘beauty privilege’, tapi kalau nak kata yang akan kekal itu adalah bakat. Macam mana kita selesa di depan kamera, teknikal itu nak kena asah, tetapi bakat juga akan dilihat pada akhirnya.
“Banyak sahaja pempengaruh yang mencuba dalam bidang lakonan, tetapi ada yang menganggap lakonan bukan untuk mereka. Tetapi, saya mencuba dan saya rasa saya jumpa sesuatu yang saya boleh buat iaitu berlakon,” katanya.
Sumber: Harian Metro