fbpx

“Saya Okay Je Pada Peminat Yang Doakan Kami Bersama”

Minggu lalu hangat diperkatakan apabila timbul desas desus mendakwa Zara sudah menemui pengganti dan dikatakan hangat bercinta dengan pelakon Azlee Khairi yang kini bergandingan dengannya menerusi drama Seadanya Aku.

Zara Zya berkata dia tiada masalah jika ada peminat yang mahu melihat dia dan Azlee bersama dalam dunia realiti. Ujarnya lagi, dia terbuka untuk mengenali sesiapa saja memandangkan dia kini sudah kembali solo.

BACA: Baru Putus Tunang, Zara Zya Hangat Bercinta Dengan Azlee Khairi?

“Saya okey saja kepada peminat yang doakan agar kami bersama. Pintu hati saya terbuka untuk sesiapa saja, tapi tidaklah membuka ruang itu seluas-luasnya untuk orang luar mengenali saya secara dekat.

“Saya masih perlu pilih yang terbaik untuk dijadikan kawan. Namun buat masa ini soal cinta bukanlah hal yang menjadi keutamaan sebaliknya saya sibuk dengan kerja,” katanya kepada Harian Metro.

Zara berkata lagi, dia tahu bahawa peminat suka melihat mereka bersama sejak gandingan mereka menerusi drama Love You Mr Arrogant sebelum ini tetapi ianya tidak semudah itu.

“Saya faham daripada dulu peminat memang nak saya dan Azlee disatukan tapi hakikatnya mana boleh begitu saja.

“Saya ambil setiap komen peminat itu sebagai satu perkara yang baik kerana apabila mereka masih terus memperkatakan mengenai kami maknanya mereka masih sayang dan ambil tahu,” katanya.

Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan Azlee sudah kembali solo dan disebab itu dia kembali aktif berlakon. Namun, November tahun lalu Azlee mengatakan dia masih memegang status suami orang, biarpun ada spekulasi mengatakan rumah tangganya sudah musnah.