fbpx

Baru Putus Tunang, Zara Zya Hangat Bercinta Dengan Azlee Khairi?

Hujung tahun lalu, berita putus tunang pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam ternyata mengejutkan ramai. Mana tidaknya, baru sebulan mengikat tali pertunangan namun hubungan mereka akhirnya terlerai.

Tak sampai dua bulan putus tunang, timbul desas desus mendakwa Zara sudah menemui pengganti dan dikatakan hangat bercinta dengan pelakon Azlee Khairi yang kini bergandingan dengannya menerusi drama Seadanya Aku.

BACA: Zara Zya Nafi Putus Tunang Kerana Hubungan Sejenis

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila Azlee meninggalkan komen manis di Instagram Zara. Melihatkan komen tersebut, ramai yang merestui jika mereka benar-benar bercinta. Seperti diketahui ini bukan kali pertama mereka bergandingan dan mereka juga sudah lama berkawan.

Bagaimanapun, ramai yang masih tertanya-tanya mengenai status Azlee kerana sebelum ini aktor tersebut dikatakan sudah berkahwin dengan wanita kelahiran Brunei pada tahun 2014.

Namun timbul desas-desus mengatakan Azlee sudah kembali solo dan disebab itu dia kembali aktif berlakon. November tahun lalu, menerusi BH Online, Azlee mengatakan dia masih memegang status suami orang, biarpun ada spekulasi mengatakan rumah tangganya sudah musnah.