Hampir dua bulan mengikat tali pertunangan, Hafreez Adam mendedahkan ada individu cuba menganggu hubungan pertunangannya dengan Zara Zya. Bagaimanapun, Hafreez menganggap ianya hanya ujian sepanjang tempoh pertunagan.

Hafreez turut merasa pelik sepanjang dua tahun mereka bersama sebelum ini tiada yang cuba menganggu. Ujarnya lagi, sebelum bertunang mereka tidak pernah bergaduh, tetapi ianya berbeza selepas bertunang namun dia menganggap itu hanya dugaan.


BACA: Zara Zya, Hafreez Adam Bakal Kahwin Oktober Depan

“Betullah kata orang ada dugaan, sebenarnya agak pelik juga sepanjang dua tahun bersama sebelum ini tak ada orang kacau atau cucuk-cucuk kami, tapi lepas bertunang ada bunyi-bunyi pula.

“Sejujurnya sebelum tunang kami tak pernah gaduh, tapi lepas tunang ni ada lain sikit tapi saya anggap ini semua dugaan, kalau kita terlalu fikirkan tentang hal ini memang akan menganggu.

“Bagi saya dalam fasa pertunangan ini komunikasi sangat penting, perjalanan kami dah nak sampai ke penghujung, lainlah kalau sebelum tunang dulu kita mungkin boleh anggap hanya kawan sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Hafreez kesibukan kerja dan jadual penggambaran yang padat membuatkan dia dan Zara jarang bertemu disebabka. Namun, kedua-kedua mereka saling memahami dan perlu matang dalam perhubungan.

Hafreez dan Zara Zya mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu dalam sebuah majlis tertutup di Sungai Buloh, Selango, Pasangan ini dijangka akan mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.