fbpx

“Saya, Neelofa, Ebit Pernah Dapat Tawaran Ke Gaza Bersama-Sama”

Pendakwah bebas PU Riz mengakui pernah mendapat tawaran menyertai misi bantuan ke Gaza bersama isterinya, Neelofa, penyanyi Heliza Helmi dan Hazwani Helmi serta Ustaz Ebit Lew pada Jun lalu.

Menurut PU Riz tawaran tersebut datang daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan mereka juga sudah menjalankan beberapa perbincangan secara dalam talian.

BACA: Nama Kena Petik, Neelofa Bengang Dengan Caprice

“Sejujurnya, betul saya bersama isteri dan beberapa selebriti lain termasuk Ustaz Ebit Lew mendapat tawaran untuk ke Gaza. Pergerakan ke sana juga dijadualkan pada Jun.

“Namun, saya dimaklumkan projek tersebut tidak dapat diteruskan atas beberapa sebab.

“Kemudian, saya dapat tahu Ustaz Ebit Lew bersama pasukan dapat ke sana bagi menjayakan misi mereka. Itu adalah rezeki mereka,” katanya.

Mengesahkan jemputan tersebut, bagaimanapun PU Riz berharap orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai isu berkenaan serta mendoakan segala kebaikan kita lakukan diredhai Allah.

“Cukup untuk saya jelaskan, memang saya bersama yang lain termasuk Ebit Lew dijemput untuk ke sana. Apa yang berlaku selepas itu, saya tidak ada pengetahuan apa-apa mengenainya.

“Saya harap perkara ini jelas dan orang ramai berhenti untuk membuat spekulasi. Saya berdoa semoga segala kebaikan yang kita kerjakan mendapat keredaan Allah,” katanya.

Terdahulu, PU Riz bersama isteri dan adik-beradik Heliza serta Hazwani Helmi disebut penyanyi rap, Caprice menerusi hantaran dalam InstaStory yang mendakwa mereka sepatutnya ke Gaza bersama Ebit Lew.