fbpx

Nama Kena Petik, Neelofa Bengang Dengan Caprice

Hari ini hangat diperkatakan mengenai sidang media secara langsung dibuat pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menjawab segala tuduhan berkenaan misi kemanusiaannya di Gaza.

Menerusi sesi live itu, Ebit turut menjawab tuduhan penyanyi rapm Caprice mendakwa pendakwah itu membawa ‘lari’ proposal misi kemanusiaan yang sepatutnya disertai oleh beberapa selebriti dan pihak tertentu.

BACA: Kenapa Block Caprice? Ebit Lew Jawab Ada Kaitan Arwah Bapa

Tampil menafikan perkara itu, Ebit berkata dia tidak pernah berjumpa mahupun berbincang dengan selebriti di sebut Caprice untuk misi bantuannya ke Gaza.

Sedar namanya terpalit dengan konflik tersebut, selebriti popular Neelofa mengatakan perkara itu tidak sama sekali dan meminta namanya tidak dikaitkan dengan isu tersebut.

Kata Neelofa lagi, ibunya juga tiada kaitan dengan cerita Caprice dan Ebit Lew. Menurut Neelofa lagi, dia akan menghubungi Caprice dan bertanyakan mengapa nama orang lain dikaitkan dalam masalah tersebut.

Terdahulu, Caprice ada memuat naik satu tangkapan skrin berkenaan mesej yang diterima mendakwa UEL mengambil kertas kerja misi kemanusiaan yang sepatutnya disertai oleh beberapa orang selebriti untuk menjalankan misi tersebut bersendirian.