Usia bakal mencecah 40 tahun, Dayang Nurfaizah akui dirinya masih solo dan belum bertemu pasangan hidup. Akui cerewet dalam memilih pasangan, Dayang berkata setiap wanita sepatutnya bersikap sedemikian.

Menurut Dayang, soal perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main dan tiada siapa yang berkahwin mahukan rumah tangga mereka berakhir dengan perpisahan.

BACA: “Wanita Kena Cerewet Pilih Pasangan, Bukan Main Rembat Je”

“Setiap wanita patut cerewet dalam memilih pasangan hidup. Rumah tangga yang ingin dibina bukan perkara main-main sebab kita nak hidup lama dengannya.

“Nak bina masjid kena cari yang betul-betul sebab kita bukan nak perkahwinan yang berakhir dengan perceraian,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Dayang berkata belum ada lelaki berjaya mengisi kekosongan hidupnya. Malah, Dayang memberitahu dia mahukan lelaki bujang dan meminta orang ramai mendoakan agar dirinya agar segera bertemu jodoh.

“Saya tak tahu bila jodoh akan sampai. Doa-doakanlah agar saya ditemui jodoh dengan cepat. Saya nak seseorang yang bujang dan masih solo. Saya tidak suka ambil hak orang,” katanya.