Pelakon Amir Ahnaf berkongsikan dia berhasrat untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.
Menerusi satu podcast, Amir berkata sebelum bergelar pelakon dia pernah membayangkan untuk mendirikan rumah tangga serta dikurniakan cahaya mata seramai empat hingga lima orang.
BACA: Amir Ahnaf Tolak Watak Hang Tuah, Minta Tempoh 10 Tahun Lagi
“Saya kalau boleh nak kahwin muda. Sebelum saya menjadi seorang pelakon, saya ada kata, ‘Okey aku nak empat ke lima orang anak’,” katanya.
Sementara itu, Amir berkata dia mahu membina keluarga yang sihat serta menyifatkan dirinya seorang ‘family man’.
Tambahnya lagi, meskipun dia dibesarkan dalam keluarga berpecah namun dia percaya dapat membina keluarga yang harmoni.
“Saya nak bina sebuah keluarga yang sihat. Sebab saya adalah seorang family man. Walaupun saya datang dari keluarga yang berpecah belah, tapi saya percaya saya juga mampu bina kelarga yang harmoni,” katanya.