fbpx

“Saya Nak Jumpa Suami Dekat Akhirat, Tak Nak Lelaki Lain”

Ramai yang gembira dan memberi reaksi positif apabila mendengar perkhabaran pelakon Zila Bakarin sudah pun bertudung. Zila akui keputusannya untuk berhijab memberi serubi kemanisan dalam hidupnya kini.

Berkongsikan kisah penghijrahannya itu, Zila berkata dia tidak menerima sebarang petunjuk atau hidayah untuk mengenakan tudung. Tetapi mahu menjadi insan yang lebih baik.

BACA: Zila Bakarin Akui Tiada Tawaran Berlakon Selepas Bertudung

“Terdetik hati macam selalu orang cakap hidayah itu milik Allah kan? Jadi, dia kalau bagi tu dia gerakkan tu dia detikkan tu kadang-kadang bukan kerana kita rasa nak atau apa. Kita nak buat tu dia gerak, dia gerakkanlah.

“Dia nak bagi kita susah, dia bagi kita susah dia bagi kita senang dia bagi kita senang cuma saya rasa tak ada punca yang membuatkan saya nak berhijap sebenarnya.

“Tapi benda tu hanya datang dan saya rasa benda tu saya dah kena pakai, saya pakai dan teruskan, itu sahaja,” katanya.

Kata Zila lagi, keputusannya untuk berhijab kerana dia sangat menyayangi suaminya selain kerana Allah SWT. Ujarnya, suaminya itu sangat menyayanginya dan tidak mahu membiarkan suaminya menanggung dosa.

“Saya terlalu sayang suami saya apa-apa pun. Dia mungkin tidak sempurna seperti suami orang lain atau lelaki lain.

“Tapi saya rasa dia sudah memadai untuk saya, dan saya buat ni saya pakai hijab kerana saya ni amanah dia. Suami saya ni bukan jenis bercakap. demi Allah suami saya, air pun dia tak pernah minta saya buat. Semua dia buat sendiri.

“Jadi apa lagi yang saya nak? Tak kaya sangat tapi dia sangat rajin, dia sangat sayang saya dan dia tak tak pernah bersuara tentang pakaian saya.

“Tak akan saya nak biarkan dia esok di akhirat tanggung dosa saya dan anak-anak? Sebab saya tak nak di akhirat dia kena jawab benda tu nanti. Saya nak jumpa suami saya dekat akhirat, saya tak nak lelaki lain,” katanya.