fbpx

“Saya Miss Malaysia Intercontinental 1992, Zain Baru Darjah 2”

Baru saja menyambut ulangtahun perkahwinan yang memasuki tahun kelima semalam, Rozita Che Wan ada berkongsikan beberapa gambar bersama suami tercinta, Zain Saidin di akaun Instagramnya. Turut disertakan ucapan romantis buat suaminya yang menjadi perhatian netizen.

Antara yang mendapat perhatian ialah Che Ta memberitahu ketika dia dinobatkan sebagai Miss Malaysia Intercontinental 1992, Zain ketika itu masih bersekolah di darjah 2 dan baru berusia 8 tahun.

BACA: “Tengok Bola Ke Grammy Awards, Mekap Macam Nak Bersanding”

Che Ta turut berseoloroh dengan memberi nasihat kepada mereka yang belum bertemu jodoh agar tidak bersedih kerana mungkin jodoh mereka pun masih bersekolah lagi.

Dalam perkongsian lain, Che Ta turut meluahkan rasa syukur Zain menjadi suaminya untuk menemaninya hingga ke hari tua. Menerusi satu perkongsian lagi, Che Ta turut mengusik Zain dengan mengatakan jika dilihat pada saiz sebelum dan selepas berkahwin, suaminya itu semakin bahagia.

“Syukur di atas pemberian Tuhan yang terindah. Terima kasih kerana menemani ku dalam setiap hari-hari yang penuh cinta.

“Orang cakap kalau nak tahu suami bahagia ke tidak, tengok la saiz sebelum dengan selepas. Kiranya zain bahagia la. Dulu saiz XS , sekarang M. Size doesn’t matter sayang, bila hati dah terpaut,” tulis Che Ta.

Che Ta dan Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rania Zain yang kini berusia 4 tahun.