fbpx

“Tengok Bola Ke Grammy Awards, Mekap Macam Nak Bersanding”

Rasanya malam tadi ramai yang tidak sabar untuk melihat baju apa yang akan digayakan oleh Rozita Che Wan sempena perlawanan akhir pertama Malaysia menentang Vietnam, memandangkan minggu lalu ada desas desus mengatakan Che Ta bakal membuat kejutan dengan menggayakan gaun.

Bagaimanapun, nampaknya Che Ta dilihat tidak jadi memakai gaun namun gayanya tetap menjadi perhatian ramai apabila tampil dengan memakai jersi Harimau Malaya bersama jaket oleh pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini serta seluar yang bergemerlapan.

BACA: “Saya Tak Biasa, Ingat Tomboi Ke Nak Pakai Sport Shoes?”

Diruangan komen gambar yang dimuat naik di akaun Instagramnya, rata-rata netizen memuji kecantikan Che Ta yang sentiasa bergaya tidak kira kemana saja dan sentiasa yakin dengan dirinya sendiri. Ada yang mengatakan, pasti ramai yang tidak boleh menonton bola kerana mata pasti akan tertumpu ke arah Che Ta.

Namun seperti biasa, ada yang mengkritik penampilannya itu kerana dilihat terlalu berlebih-lebihan serta tidak sesuai dengan acara yang dihadiri olehnya. Tidak kurang juga ada yang mengatakan solekan Che Ta seperti nak bersanding.

Walaupun ramai yang mengkritik penampilannya itu, ada yang mempertahankan pelakon cantik itu dengan mengatakan sudah menjadi lumrah selebriti jika bergaya sakan akan dikritik, pakai selekeh pun pasti akan dikecam.