fbpx

“Saya Minta Maaf Jika Ada Yang Kecewa…”

Berita perkahwinan penyanyi Haqiem Rusli dengan Anis Sofea ternyata membuatkan ramai peminat wanita diluar sana patah hati dan kecewa.

Sedar tentang perkara itu, Haqiem berkata ianya perkara biasa yang harus dihadapinya sebagai seorang selebriti serta memohon maaf jika ada yang kecewa.

BACA: “Sayalah Lelaki Paling Bahagia, Anis Sofea Amat Sempurna”

“Daripada apa yang saya baca, saya boleh rumuskan 80 peratus daripada jumlah peminat tidak rasa kecewa, manakala hanya 20 peratus sahaja yang patah hati tetapi sebenarnya mereka sangat matang.

“Buktinya kelab peminat saya Qiemillio mengadakan doa selamat secara virtual sempena majlis perkahwinan saya. Itu sekali gus membuktikan mereka matang walaupun patah hati. Apa pun saya minta maaf jika ada yang kecewa selepas bertukar status sebagai suami orang,” katanya.

Dalam pada itu, Haqiem turut berharap peminatnya tidak terus kecewa serta menerima berita perkahwinannya itu dengan hati yang terbuka.

“Sudah lumrah manusia, semua punya naluri nak hidup berpasangan, begitu juga saya. Mereka (peminat) juga akan berkahwin, jangan risau nanti saya pula yang hadir pada majlis mereka,” katanya.