fbpx

“Saya Mengaku Ambil Gambar Dengan Aliff Aziz Tapi …”

Gadis yang dikaitkan dengan skandal terbaru Aliff Aziz mengakui yang beliau mengambil gambar bersama Aliff Aziz dalam sebuah private party namun menolak dakwaan yang mereka menjalinkan sebarang hubungan ketika itu.

Gadis yang menjadi perhatian ramai hari ini yang dikenali dengan nama samaran Nismell (@nismelll_) juga mendakwa yang gambar itu tersebar kerana hasad dengki individu yang iri hati beliau mengambil gambar dengan selebriti.

BACA: “Saya Akan Teruskan Hidup Tanpa Aliff Aziz” – Bella Astillah

“Mereka tak tahu apa yang saya rasa sebab tu main petik saja. Muka saya tebal sebab saya memang tak salah. Gambar tu sebenarnya kami jumpa di private party abang angkat saya,” katanya lagi.

BACA: Aliff Aziz Kantoi Curang Lagi, Jalin Hubungan Dengan Minah Rempit?

Dalam masa yang sama, Aliff Aziz masih belum memberikan sebarang penjelasan tersendiri tentang skandal terbaru beliau ini.

Pertama kali Aliff Aziz didapati curang hingga menggemparkan dunia hiburan adalah pada 2017 iaitu membabitkan pelakon Afifah Nasir apabila mereka didapati keluar berhibur di pusat karaoke. (rtky/m)