Dijemput menjadi Allah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Wany Hasrita berkata pengalaman pertamanya menunaikan haji sangat menakjubkan dan tidak akan dapat dilupakan.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Berkongsikan pengalamannya, Wany berkata dia menangis pertama kali melihat Kaabah di depan mata dan seperti tidak percaya dapat melihat secara dekat.
BACA: 10 Selebriti Popular Menunaikan Ibadah Haji Tahun Ini
“Kali pertama melihat Kaabah, hanya Tuhan saja yang tahu. Saya menangis seperti budak kecil. Sepanjang tawaf, mata tidak berkelip melihat Kaabah kerana tak percaya sudah ada depan mata.
“Alhamdulillah, saya sudah selesai menunaikan ibadah haji. Bermula dengan menjaga ihram dan wukuf di Arafah, saya terus ke Muzdalifah mengutip batu untuk melontar jamrah. Selepas tengah malam kami ke Masjidil Haram untuk tawaf dan saie,” tulisnya.
Wany turut meluahkan rasa syukur urusan ibadah hajinya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Menerusi perkongsiannya di Instagram itu, Wany berkata dia sudah membacakan doa yang dikirimkan peminat.
Terdahulu, Wany memberitahu dia mengerjakan Rukun Islam kelima itu atas jemputan daripada kerajaan Arab Saudi.