“Saya Memang Tak Boleh Berpisah Dengan Instagram” – Aliff Syukri
Sebelum ini, usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri memaklumkan mahu undur diri dari media sosial selepas dikecam teruk, namun dia hanya mampu bertahan kurang seminggu apabila kembali mempromosikan lagu terbarunya, Baby Sayang.
Memetik Harian Metro, Aliff menafikan kaki drama semata-mata untuk meraih perhatian ramai. Aliff mengakui dia tidak boleh berpisah dengan Instagram dan hanya mampu bertahan tidak lebih empat hari tanpa media sosial itu,
BACA: Aliff Syukri Nak Duet Dengan Siti Nurhaliza, Awie, Jamal Abdillah & Anuar Zain
“Bermain Instagram adalah hobi saya dan sebenarnya saya memang tak boleh berpisah dengannya (Instagram). Saya hanya mampu bertahan selama empat hari saja dan saya berasa sunyi apabila tidak membuka media sosial.
“Ketika itu (pengumuman), saya terasa hati dan tak boleh terima apa yang emak saya katakan kerana ia amat mengaibkan dan menghina diri saya. Jadi, air mata keluar dan saya kata, tak apalah aku ‘left’ semuanya (dari media sosial).
“Tapi, saya tak kata pun sampai mati atau selama-lamanya tinggalkan media sosial. Saya cuma kata, saya akan henti di sini, undur diri. Namun, saya hanya boleh tahan untuk empat hari saja tidak membuka media sosial, walaupun dah lari jauh-jauh dalam hutan, tepi pantai, namun tetap tak boleh,” katanya.
Kata Aliff lagi, dia hanya mahu bergelar penghibur namun segala usahanya tidak dihargai sebaliknya hanya kecaman dan cacian diterima daripada netizen. Dedah Aliff lagi, dia menerima tawaran untuk merakam tiga hingga empat lagu daripada syarikat rakaman.
“Orang kata suara saya macam itik lah, macam keldai, macam lembu, tapi saya tahu saya ada bakat itu dan peminat-peminat saya menanti-nantikan suara saya, lagu saya. Termasuk, saya ada dapat ‘offer’ tiga ke empat lagu daripada beberapa syarikat rakaman nak tandatangan kontrak dengan saya.
“Tapi saya ‘hold’ dulu sebab saya buat lagu sebagai hobi dan saya tahu saya penyanyi nombor satu. Sebabnya, lagu saya tak ada dapat nombor dua setakat ini di internet. Jadi, ke tepi ke tepi artis nombor satu nak jalan kerana saya terus maju ke depan,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff menegaskan apa yang dilakukannya bukan untuk mencetuskan kontroversi serta mempersoalkan mengapa orang ramai tidak menerima dirinya sebagai penyanyi.
“Apa kurang saya, nak kata tak lawa, dah lawa. Nak kata hidung tak mancung, dah siap dah. Tapi, kenapa tak boleh terima bakat saya. Sejujurnya, semua yang saya lakukan bukan sebab gimik, cuma nak rakyat Malaysia terima bakat nyanyian saya,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Bakat kita ni bukan utk kita sorg iktiraf dan hargai. Bakat ni org yg x kenal kita yg nilai. Yg pasti bakat semulajadi yg ko ada ialah buat org meluat dan geli. Sepanjang aku hidup dlm dunia ni aku x penah terbayang dan terfikir yg manusia mcm ko ni akan wujud. Mcm mana laa anak2 ko nnt? Ada ke dia akan membesar mengikuti perangai ko? Mcm mana kwn2 dia respond sbb perangai annoying ko ni menjadi2?
Mak bapak Alif ni bg dia mkn pe kecik2 dulu sampai dah tua jd cmni?! Rezeki yg berkat akan melahirkan manusia yg berguna kpd msykt. Kalau jd cmni kenapa keluarga dia biar? Pegi laa cari pakar sakit jiwa ubat. Kalo org dulu2 dia bawa gi bomoh tangkalkan jer pastu tambat kt tiang seri rumah supaya x ganggu org!
takpe lah dato. you berpisah dengan instagram bila mati je lah. senang kan?
screw dah loose, ni lah akibatnye
Awk sakit. Awk sakit. Pgi la check mngkin mntal or mental
Kejutan budaya kt, ke midlife crisis? Apa yg pasti dia ni mmg kebulur perhatian dan manusia yg hidup di alam fantasi socmed mrk mcm ni mmg sakit jiwa sebenarnya.
kalau aku jadi dia, nak hidup macam founder avenys tu.. lepak2, masuk hotel mahal mahal.. pegi naik first class sana sini. educate anak betul2. bijak2.. rumah dia biasa biasa je.. entah2 dah habis dah hutang.. enjoy betul.. cuma tu la.. laki dia je gemuk. risau pulak aku kalau mati mengejut. dah jadi anak yatim pulak
Hahaha laki die plk yg ko isaukan