fbpx

Meskipun nyanyiannya dikecam teruk serta didakwa perosak industri muzik tanah air, namun ia tidak mematahkan semangat usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri.

Memetik Harian Metro, Aliff meluahkan hasratnya untuk berduet dengan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

BACA: “Semua Lagu Saya Trending, Sebab Tu Saya Berani Kata Saya Penyanyi Nombor 1” 

“Saya berharap dapat berduet dengan Siti Nurhaliza. Kalau beliau (Siti Nurhaliza) lihat video ini, mungkin impian saya akan tercapai. Bagi saya, tak ada lagu saya yang tak ‘trending’ walaupun saya juga tak dapat sebarang anugerah,” katanya.

Aliff juga memberitahu teringin untuk berduet dengan Datuk Awie meskipun sebelum ini penyanyi itu turut menghentamnya. Malah, Aliff turut menyimpan impian berduet dengan Datuk Jamal Abdillah dan Anuar Zain.

“Saya minat lagu dia sebab dulu saya suka ‘feeling’ macam Ziana Zain,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata meskipun orang mencaci dirinya namun lagunya trending dan angka di YouTube tidak dapat ditipu. Aliff turut mendedahkan menerima tawaran untuk membuat persembahan.

“Saya berdiri ‘stand alone’ walaupun banyak selebriti keluarkan lagu, macam-macam cerita keluar, saya nombor satu. Ini membuktikan suara saya ada ‘value’, walaupun ada orang kata suara saya macam itik, suara macam lembu.

“Namun, Alhamdulillah, terima kasih kepada semua peminat saya yang setia bersama saya daripada satu lagu sampai 10 lagu dan saya juga ada dapat ‘offer’ untuk buat persembahan,” katanya.