fbpx

“Saya Memang On & Off Pakai Tudung, Pilihan Saya Sendiri”

Penerbit filem dan pelakon Raja Azmi mengakui dia masih belum memakai tudung sepenuhnya serta lebih selesa menggayakan mengikut keseusaian majlis.

Memetik Harian Metro, Raja Azmi berkata baginya menutup aurat bukan rambut sahaja semata-mata tetapi banyak lagi yang perlu di ambil kira termasuk percakapan dan pandangan mata.

 BACA: “Apa Salahnya Ada Babak Itu Dalam Filem Tersebut?” – Raja Azmi

“Saya memang ‘on’ & ‘off’ pakai tudung. Memang pilihan saya sendiri. Pada saya, aurat bukan tutup rambut saja tapi banyak lagi seperti jaga mulut, pandangan mata. Jadi, buat masa ini saya masih memilih kadang-kadang nak pakai tudung dan kadang-kadang tak pakai.

“Saya pilih kepada kesesuaian. Kalau nak menghadiri majlis ilmu dan agama, saya pakai tudung lengkap. Tapi, kalau hadir majlis biasa-biasa atau urusan kerja, saya tampil ringkas ikut keselesaan,” katanya.

Sementara itu, pelakon berusia 64 tahun itu berkata ada juga netizen bertanya apabila dia memuat naik gambar tidak bertudung sepenuhnya, namun dia akan memohon maaf.

“Dulu memang ramai yang bertanya, mana pergi tudung dan saya akan jawab terlupa, tudung dah ke laut, dan bermacam lagi jawapannya. Saya mengaku saja dan memohon maaf.

“Tapi, bagi saya Islam itu bukan hanya bertudung. Malah, yang pasti saya amat menjaga aurat lain seperti jauhkan diri daripada mengumpat, jaga pandangan mata melihat yang baik-baik dan sebagainya,” katanya.