“Apa Salahnya Ada Babak Itu Dalam Filem Tersebut?” – Raja Azmi
Penerbit terkenal, Raja Azmi berpendapat babak panas dalam filem Pulau yang sedang hangat diperkatakan ramai itu tidak perlu dihebohkan.
Memetik Getaran, Raja Ami berkata ia mewakili realiti sesetengah masyarakat di Malaysia yang hidup berbilang bangsa.
BACA: “Pemakaian Pelakon Bertepatan Dengan Cara Pemakaian Di Pulau” – Penerbit Pulau
Raja Azmi turut menyangkal dakwaan yang mengatakan adegan yang dipaparkan terlalu mahu mengikut standard filem barat yang boleh menjatuhkan moral golongan muda di negara ini.
“Apa salahnya ada babak itu dalam filem tersebut? Filem ialah tafsiran kehidupan. Apa yang dipaparkan di filem mencerminkan apa yang terjadi di luar sana. Jika babak itu memaparkan orang berbikini tayang itu dan ini, semua itu memang sudah ada di media sosia,” katanya.
Tambah Raja Azmi lagi sifat tiru meniru sudah sebati dalam kehidupan orang ramai dan jika babak tersebut ditapi sekalipun, boleh sahaja ditonton di mana-mana platform lain termasuk di media sosial.
“Jika nak kata kita meniru budaya barat, kita memang hidup tiru-meniru. Kita pun tiru sunnah nabi. Kalau ada nak tiru budaya Barat yang pendapat saya tak semuanya teruk, terpulanglah. Cuma jangan jadikan filem sebagai alasan seolah-olah ia penyebab anak-anak kita jadi teruk.
“Jika kita nak tapis babak panas itu sekalipun, mereka tetap akan jumpa juga di YouTube atau media sosial. Jangan jadikan filem sebagai alasan sehingga perlu disekat-sekat. Ia tidak relevan,” katanya.
Dalam pada itu, Raja Azmi berharap penonton memahami filem tersebut dihasilkan oleh pengarah bukan beragama Islam dan babak panas dilakonkan oleh mereka yang bukan Islam.
“Filem itu pun dihasilkan oleh orang bukan Islam dan dilakonkan oleh orang bukan Islam. Apa salahnya mereka nak buat begitu? Memang itu cara hidup sesetengah masyarakat di Malaysia,” katanya.
Terdahulu, trailer filem tersebut hangat diperkatakan apabila didakwa mempunyai unsur lucah dan ‘soft porn’ serta tidak sesuai ditayangkan di Malaysia.
- SUMBER
- Getaran
Makcik awak buat filem jelangkung dlm almari tu pun level sampah! Kalo x kerana hero dia Adiputra mmg x dpt sejuta kutipan! Tu pun lps Adiputra meletup dgn filem Mat Bulau eh Mat Kilauan emas hahaha .. lantak laa ada aku kisah! Gi mampus dgn filem2 melayu ni! Buang masa jek tngk ..
Setuju filem melayu sampah, orang2 melayu ramai tolol pon sebab tgok citer2 sampah ni
dia ni islam ke apa? sbb tu kecik2 mok mok ajar tiru benda baik. yg theori cerminan hidup ko katakan tu, tu utk benda tak baik. esok lusa cucumu 6tahun kalau ikut buat camtu ko kata ok la ye. benda da biasa. mak bapak yg jaga anak dari gejala mcm ni punyalah susah sbb zaman skrg mmg da berleluasa, ko nak perbanyak kan lagi adegan tak bermoral mcm tu. so skrg byk org da mencuri, its ok what. its normal.. da byk org buat.mana2 bole lihat. esok rumah mu masuk pencuri ko masih rasa ok what.. kannn.. nauzubillahminzalik
..taknak komen pasal filem, cuma nk tanya, andy tante n seiko, awak berdua bukan melayu ke..awak ber 2 malaun eh??
Ko kena ingat raja Azmi,agama islam aalh agma rasmi d mlaysia.ni adalh salh 1 sbb kmerdekaan kita yg dperjuangkan olh pmimpin2 mlayu kita yg dlu.ye tahu d mlysia mmg berbilang bngsa dn agama TAPI babak2 panas amatlah tdk ssuai dpertontonkn sluruh mlysia specialy dgn cbaran2 kita mndidik ank2 zmn ini.nk tiru babak lucah barat its ok,buatla kat ngara barat jg atau ngara lain.apa salahnya engko hbs berjuta kt cna knn??skg ni kita hormat budya non islam,buktinya dorg bebas.tapi filem engko ni ada nmpk ke yg dorg hormat islam jg??
hehehe
kau ni mesti makcik2 yang melanguk depan tv tengok cerita melayu bodo sebelum maghrib tu an hahah
hehehe
memang la kau tknak komen psl filem ni sebab citer ni citer bodo, tapi kau panas bile org drop citer2 bodo cmni. aku tak mengaku citer ni citer org melayu. sebab aku melayu dan aku tau adab dan batas org melayu. kau taknk kene kondem, kau malaun kan org, lepastu taip tknk komen psl filem. kau da kenapa kak? ape punca?
Kubur kata Mari rumah Kata pergi. Umor dh lanjut berbaliklah ke fitrah
Bila ORANG JAHIL bercakap pasal FILEM SAMPAH. Bak kata P.Ramlee “DAH TUA PUN BODOH”. #nauzubillah