fbpx

“Saya Memang Mahu Berkahwin Lagi, Nak Anak Lagi Cuma…”

Menjalani kehidupan baru sebagai ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suaminya Sharnaaz Ahmad pada 9 Julai lalu, Noor Nabila berkata dia kini mahu lebih menyayangi dirinya sendiri.

Akui lega proses perceraian sudah pun selesai selepas sekian lama berlarutan, Nabila berkata dalam perkahwinan terdahulu dia banyak meletakkan dirinya di belakang dan kini mahu jadi individu yang lebih bersemangat.

BACA: “Wanita Bekerjaya & Berduit, Tak Senang Melalui Perkahwinan”

“Saya rasa proses perceraian itu terlalu lama, jadi apabila sudah selesai saya rasa lega. Sekarang bermula kehidupan baru yang mana saya perlu letak diri saya terlebih dahulu.

“Bukan kerana apa, tetapi kata orang tidak eloklah ketika itu sebab masih bergelar isteri orang, tetapi tidak tinggal bersama. Minta keluar tak minta izin suami dan sebagainya,” katanya kepada Media Hiburan.

Mengulas mengenai soal jodoh, Nabila berkata dia tidak serik untuk berumah tangga selepas ini dan mahu memiliki cahaya mata lagi namun buat masa ini mahu fokus untuk besarkan anak tunggalnya, Jebat Jayden.

“Serik itu tidaklah. Saya percaya, kalau ada rezeki dan jodoh, saya memang mahu berkahwin lagi. Saya mahukan anak lagi.

“Cuma buat masa sekarang, saya nak fokuskan pada diri sendiri terlbih dulu dan besarkan Jebat Jayden dengan baik,” katanya.