fbpx

“Saya Masuk GV Bukan Sebab Duit” – Shila Amzah

Penyertaan Shila Amzah dalam Gegar Vaganza musim ke-9 menerima kritikan ramai apabila ada yang mengatakan penyanyi itu tidak layak kerana masih aktif menyanyi.

Memetik BH Online, Shila berkata dia menyertai GV9 kerana mahu perbaiki diri serta menjadikan program itu tempat untuk berkarya.

BACA: Netizen Tak Setuju Shila Amzah Bertanding GV9

“Saya masuk GV9 bukan sebab duit. Ini kerana saya melihat program realiti ini boleh menjadi platform yang sesuai untuk seseorang penyanyi berkarya.

“Sebelum ini, saya menyertai pertandingan seperti The Masked Singer dan Anugerah Juara Lagu, tetapi kedua-dua pertandingan itu mempunyai konsep berbeza,” katanya.

Sudah lali dengan kritikan, Shila berkata dengan menyertai program tersebut sekaligus membantunya untuk meningkatkan keyakinan diri.

“Setiap minggu kita akan cuba menampilkan persembahan terbaik dan mencabar kreativiti sendiri. Sebagai penyanyi, program GV9 membantu saya untuk lebih yakin, sekali gus memberi kepuasan kepada diri sendiri.

“Jika nak cakap takut pada kritikan, saya sudah lalui pelbagai kontroversi. Saya juga tak kisah dikritik dari segi nyanyian kerana lebih baik kritikan soal kerja berbanding peribadi,” katanya.

Dalam pada itu, Shila mengakui takut dengan penyingkiran namun dia akan tetap bersikap positif jika perjalanannya dalam pertandingan itu terhenti ataupun tewas.

“Selalunya perkara paling saya takut menyertai pertandingan adalah penyingkiran. Jika boleh saya nak elak perkara ini berlaku pada saya. Seandainya tewas saya tetap bangga sebagai peserta paling muda dan bersaing bukan dengan calang-calang penyanyi,” katanya.