fbpx

Netizen Tak Setuju Shila Amzah Bertanding GV9

Nampaknya Gegar Vaganza musim ke-9 kembali lagi apabila seramai 13 penyanyi hebat sebagai peserta telah pun diumumkan semalam bagi merebut gelaran.

Mereka adalah Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Asheed Def Gab C, Dina Nadzir, Haida, Pat Candy, Roy Kapilla, Tom, Hazrul Nizam dan Fuad Rahman (Singapura) dan kumpulan VE.

BACA: Dikecam Buang Gula-Gula Atas Pentas, Shila Amzah Mohon Maaf

@astrogempak

Good luck Shila! #GegarVaganza #GV9 #BintangKembaliMenyegat

? original sound – Gempak – Gempak

Semalam, Astro Gempak turut berkongsikan video persembahan Shila Amzah menyanyikan lagu Patah Seribu di majlis sidang media GV.

Bagaimanapun, penyertaan Shila Amzah dalam program itu minumbulkan rasa kurang senang netizen apatah lagi konsep GV mengetengahkan penyanyi lama.

Tidak kurang juga, ada netizen mempersoalkan bukankah GV untuk artis yang sudah lama hilang dari indsutri serta menyifatkan program itu seolah lari daripada identiti.

Sementara itu, ada yang tidak bersetuju dengan penyertaan Shila yang masih lagi aktif serta baru sahaja keluar single terbaru tambahan pula baru sahaja menang Anugerah Juara Lagu sebelum ini.

Dalam pada itu, melihatkan peserta yang bertanding ramai sudah boleh mengagak siapa yang akan menang GV pada musim ini.