“Saya Masih Tamak Dengan Jawatan Presiden Duda”

Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dia gembira melihat rakan artis kembali mendirikan rumah tangga termasuk Fattah Amin yang bakal bernikah Ahad ini.

Memetik mStar Online, Sharnaaz berseloroh dia mahu kekal  memegang jawatan Presiden Persatuan Duda Malaya dan selesa hidup sebagai seorang duda.

BACA: “Sharnaaz Muka Saja Garang, Tapi Sebenarnya Dia ‘Sweet’” – Shukri Yahaya

“Saya masih tamak dengan jawatan saya sebagai Presiden Duda. Mungkin nak pegang jawatan itu dalam sepenggal atau 10 penggal lagi. 

“Saya tak tahu, itu semua rahsia Allah. Kalau ada jodoh boleh saja nak menikah tapi sekarang Tuhan bagi macam-macam rezeki. Jadi kalau Tuhan nak beri saya jodoh, mesti Dia akan bagi,” katanya.

Sementara itu, Sharnaaz berkata dia tidak mahu terlalu mencari serta percaya bahawa wanita yang terbaik akan hadir dalam hidupnya satu hari nanti.

“Bukanlah saya cari wanita perfect 10. Saya rasa biarlah jodoh ini datang cari. Kalau saya yang cari, belum tentu orang itu akan sayang macam mana saya sayang dia.

“Tapi kalau jodoh itu datang dengan sendiri, itu 100 peratus lebih baik rasanya daripada saya terlalu mencari,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata dia gembira dengan fasa hidupnya sekarang serta mengakui didekati wanita namun dia lebih selesa untuk berkawan.

“Jujur cakap memang ada yang cuba mendekati dan ada juga saya dekati. Tapi saya berkawan saja lebih baik,” katanya.

Sumber: mStar Online

×