fbpx

“Saya Masih Cina Walaupun Suka Pakai Jubah, Baju Melayu”

Sudah hampir 13 tahun memeluk Islam, Adam Corrie mengakui dirinya masih berbangsa Cina walaupun suka memakai jubah, kurta dan baju Melayu. Menurut Adam, caranya berpakaian dia tidak merubahnya menjadi bangsa lain.

Menerusi perkongsian di Instagram, Adam juga mengakui pakaian bangsanya iaitu samfoo pun jarang sekali dipakainya. Ujarnya lagi, meskipun dia suka memakai baju Melayu ia tidak menjadikannya sebagai orang Melayu, sama juga seperti kurta, dia tidak akan menjadi orang India.

BACA: Adam Corrie: Jangan Hina Anak Saya Di Instagram

Kata Adam lagi, pakaian yang digayakannya sama sekali tidak melanggar syariat dan akidah sebagai seorang Muslim serta masih menutup aurat.

Jelasnya lagi, perayaan hari raya Aidilfitri adalah hari kebesaran untuk seluruh umat Islam dan bukan untuk satu bangsa sahaja.

“Pakaian yang saya pakai tidak melanggar syariat, menutup aurat dan akidah saya sebagai seorang muslim. Aidilfitri adalah hari kebesaran untuk umat Islam. bukan untuk satu bangsa,” katanya.

Untuk rekod, Adam Corrie memeluk islam pada Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazeema Mohd Fuad pada 2008. Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Adam Fateh Lee, kini berusia 2 tahun selepas 11 tahun menantikan cahaya mata.