fbpx

“Saya Masih Belajar Pakai Hijab, Doakan Saya”

Pasti ramai yang perasan penampilan Siti Sarah yang tampak manis berhijab selepas pulang menunaikan umrah. Jelas Sarah, beliau semakin selesa dengan penampilan bertudung, dan memohon doa peminat untuk drinya terus istiqamah.

BACA: Siti Sarah Mohon Hidayah Untuk Kekal Berhijab

“Saya sedang belajar. Insya-Allah. Saya mohon doa agar terus istiqamah. Saya tak berani janji tetapi saya mohon doa semua. Awalnya saya agak janggal, tetapi lama kelamaan sudah terbiasa”

“Setakat ini, saya selesa mengenakan turban ketika melakukan persembahan pentas dan saya selesa berhijab jika keluar ke rumah,” katanya yang tampil berhijab sejak pulang dari menunaikan umrah.

Memang bertambah seri Sarah sejak mengenakan tudung, apalagi sang suami, Shuib yang pastinya turut gembira dengan perubahan ini. Pasti tidak mudah untuk terus berubah, kami doakan Sarah terus istiqamah dalam hijah ini. (rtky/w)