Sinonim dengan imej dan pakaian seksi, penyanyi Zizi Kirana pasti tidak terlepas daripada komen kecaman netizen di media sosial. Malah, Zizi mendedahkan dia sering menjadi mangsa buli ketika zaman remaja.

Menurut Zizi, dia sering diejek dari segi bentuk fizikal dan warna kulitnya ketika berada di alam persekolahan. Kata Zizi lagi, disebabkan itu dia lebih selesa berkawan dengan lelaki kerana mereka selalu membela dirinya.


BACA: Zizi Kirana Dedah Ramai Golongan Ustaz Cuba Mendekatinya

“Ketika zaman remaja, saya sendiri berdepan situasi di mana menjadi mangsa buli di sekolah. Pelbagai kata-kata kurang baik dilemparkan kerana fizikal saya antaranya dihina berikutan warna kulit saya yang gelap dan digelar jongang serta gigi arnab.

“Bila dah meningkat dewasa, saya dah tak terlalu menghiraukan kata-kata dan sikap pembuli ini kepada saya. Tambahan pula, saya lebih selesa berkawan dengan lelaki dan mereka yang selalu membela saya,” katanya.

Namun, Zizi berkata apabila dewasa dia berdepan dengan pembuli dalam kalangan netizen pula. Susulan imej seksinya, ada yang menuduhnya perempuan murahan dan tiada pegangan agama.

“Bila dah dewasa, buli itu datang dalam bentuk lain pula iaitu buli siber dan pelakunya adalah dalam kalangan warganet.

“Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada saya antaranya, mereka menuduh saya perempuan murahan. Paling parah adalah wujud antara warganet yang menganggap saya tiada pegangan agama.

“Tapi, tak jadi masalah sebab saya sendiri pun dah kebal dan imun dengan kata-kata daripada orang ramai,” katanya.