“Saya Kini Bersedia Untuk Tinggalkan Kelab Ibu Tunggal”
Lebih empat tahun bergelar ibu tunggal, Fasha Sandha akui sedih untuk meninggalkan gelaran janda. Kata Fasha lagi, dia berasa bangga dapat menggalas status berkenaan dengan baik.
Meskipun ramai yang memandang serong dengan gelaran janda, namun bagi Fasha bukan mudah untuk memegang status tersebut kerana ia lambang kekuatan seorang wanita.
BACA: Sekitar Majlis Malam Berinai Fasha Sandha, Aidil Aziz
“Tidak ramai orang beranggapan baik terhadap status janda, namun pada saya ia melambangkan kekuatan seorang wanita atau ibu tunggal.
“Alhamdulillah saya berjaya menggalas status berkenaan dengan baik, sejujurnya kini saya bersedia untuk meninggalkan ‘kelab ibu tunggal yang telah saya sertai bersama beberapa rakan artis sebelum ini,” katanya kepada mStar Online.
Enggan mendedahkan tarikh perkahwinanya dengan Aidil Aziz, namun mengakui majlis tersebut akan diadakan penghujung bulan ini. Dalam pada itu, Fasha memberitahu dia dan Aidil merancang untuk berbulan madu di Pulau Langkawi.
“Insya-Allah jika tiada aral melintang kami bakal disatukan sekitar penghujung bulan ini, namun kami mengambil keputusan untuk menghebahkan pernikahan kami selepas selamat diijabkabulkan.
“Kami berbuat demikian kerana majlis yang bakal diadakan ialah majlis tertutup dan ia sekadar majlis sederhana buat sanak saudara terdekat, jumlah hantaran dan mas kahwin turut akan diumumkan selepas semuanya selesai kelak,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
ya wtv
baru tadi kentut keluar tahi busuk ???
sapa nak bau ???
Ini perempuan sabah ni… show off blm nikah
Adooiiii tak larat aku nak dengar makcik ni cerita pasal tahta Fasha “Jhanda” dia… Macamlah dia ni pengerusi “Jhanda Jhanda seMalaya”….
Just shut the f#ck up & get married.
agak busuk jugalah ??
Adoii x hbs2 psl title janda bosan gilerr..mcm rs diri hebat sgt je..kang tjanda balik bru thu xpyh poyo sgt leh x
Akhirnya saya bukan janda, terima kasih semua
semoga tak masuk balik la kelab janda teragung kau tu
Semoga bahagia berkekalan
Boring betul ..
Kawin first time okay la nak heboh heboh ….ni janda nak kawin …anak kau tu dah dua….sedor la diri tu ..dek non