Bakal meraikan hari bahagia tidak lama lagi, malam tadi pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah mengadakan majlis berinai bertemakan Melayu Klasik.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Khabarnya majlis tersebut memang cukup meriah dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak, rakan-rakan artis dan media.
BACA:Fasha Sandha, Aidil Aziz Nikah Hujung Minggu Ini?
Jarang sekali selebriti menjemput pihak media untuk membuat liputan di malam berinai. Selalunya ia hanya dihadiri oleh teman rapat dan keluarga sahaja.
Pasangan sama cantik sama padan itu kelihatan sungguh cantik dan segak mengenakan busana berwarna ungu. Lebih menarik, malam berinai itu turut dimeriahkan dengan tarian tradisional Melayu.
Terdahulu, majlis pernikahan Fasha dan Aidil dikhabarkan bakal berlangsung hujung minggu ini. Difahamkan, mereka bakal bernikah di kampung halaman Fasha yang terletak di Perlis Indera Kayangan.
Semoga majlis yang bakal berlangsung berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung.