Meskipun berdepan masalah rumah tangga, namun pelakon Puteri Sarah terus bangkit daripada terus meratap sert mahu memberi fokus membahagiakan anak-anaknya.

Memetik Utusan Online, Sarah berkata apa yang berlaku dalam rumah tangganya tidak sikit pun mengganggu tumpuan untuk membesarkan anaknya, Syaikhul Islam dan Summayah.

BACA: “Anak-Anak Tak Tahu, Saya Atasi Stres Dengan Mengaji” – Puteri Sarah

“Saya tak terganggu langsung kerana Alhamdulillah keluarga mentua dan keluarga saya sendiri, mereka beri sokongan penuh.

“Anak-anak tak tahu menahu tentang apa yang berlaku dan gembira sebab saya kekalkan persekitaran positif untuk mereka. Saya hantar mereka ke sekolah, beri didikan agama dan bawa mereka bercuti untuk gembirakan mereka.

“Saya juga sudah mula bekerja. Kalau perlu ke luar negara seperti Singapura dan Brunei untuk berniaga, mereka tetap dijaga keluarga saya atau mentua. Jadi anak-anak tak sunyi,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah berkata dia bekerja untuk masa depan apatah lagi kita tidak tahu apa akan jadi di masa mendatang.

“Syamsul tidak abaikan nafkah untuk anak-anak. Perkara ini perlu saya nyatakan kerana ada yang mula mempersoal perkara itu sejak saya aktif bekerja semula.

“Saya tetap mahu bekerja untuk masa depan yang terjamin. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang,” ujarnya.