fbpx

Hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangganya sejak beberapa minggu lalu, bagaimanapun Puteri Sarah berkata anaknya tidak tahu mengenai perkara itu.

Menurut Sarah lagi, dia memilih untuk tidak menceritakan kepada kedua anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah demi menjaga emosi mereka.

BACA: Didakwa Bercerai, Puteri Sarah Tegas Status Masih Suami Isteri

“Anak-anak tak tahu dan saya nak kekalkan begitu.Anak-anak dikelilingi orang-orang yang positif dan jauh dari persekitaran yang toksik. Jadi saya nak kekalkan begitu supaya pembesaran dan emosi mereka terjaga,” katanya.

Menjawab pertanyaan daripada seorang pengikut di Instagram, Sarah berkata dia juga pernah berdepan situasi dimana dia gagak mengawal stres sehingga anaknya terkena tempias.

“Dulu, masa awal-awal, saya pun pernah terlepas marah dekat Syaikhul. Kasihan dia. Sampai sekarang, saya rasa diri ini bukan seorang ibu yang baik bila teringat apa yang saya pernah buat.

“Tapi Syaikhul tak ingat. Saya cuba menjadi seorang ibu terbaik buat anak-anak saya. Lama-lama, saya belajar untuk kawal diri. Dekatkan diri dengan orang-orang yang positif.

“Sibukkan diri dengan bekerja, kerja dari rumah pun okey. Keluarkan diri kita dari persekitaran yang toksik itu. Bila saya dah keluar dari persekitaran sebegitu, saya rasa lebih hidup dan gembira,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah berkongsikan dia cuba melawan tekanan dengan mengaji Al-Quran. Ujarnya lagi, dengan mengaji dapat membantunya berfikiran waras.

“Alhamdulillah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Walau sibuk dengan penggambaran, macam-macam masalah melanda, saya pun dah khatam Al-Quran. Bagi saya, mengaji bantu saya untuk berfikiran waras dan sentiasa positif,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran Kaza sejak tiga tahun lalu.