fbpx

35 Hari Dalam Penjara, Farid Kamil Dibenar Tangguh Hukuman

Selepas 35 hari menjalani hukuman penjara sejak 15 Mei lalu, Datuk Farid Kamil Zahari dibenarkan menangguhkan hukuman penjara sebulan bulan yang dijalaninya ketika ini.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Ab Karim di Mahkamah Tinggi Di Shah Alam sebentar tadi.

BACA: Farid Kamil Redha, Tenang Jalani Hukuman Penjara

Dalam keputusannya itu, Ab Karim turut memerintahkan Farid Kamil membayar jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Selain itu, Farid Kamil juga turut diarahkan melaporkan diri di balai polis berhampiran kediamannya sebulan sekali.

Dalam prosiding hari ini, hanya adik Farid, Fadzil yang hadir dan membayar wang jaminan. Dalam pada itu, Farid meluahkan rasa syukur dengan keputusan  tersebut.

“Insya-Allah, semuanya Allah permudahkan,” katanya.

Terdahulu, Farid Kamil di jatuhkankan hukuman penjaran sembilan bulan atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), Januari tahun lalu.