fbpx

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai gosip cinta antara Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal menjadi perhatian ramai, namun Vida menafikan dakwaan tersebut.

Vida memaklumkan sebelum dia membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga kali ketiga, dia perlu memastikan dirinya masih subur dan mampu melahirkan anak.

BACA: Hampir Kahwin Pada 2018, Bekas PA Akui Masih Ada Perasaan Pada DSV

Jelas Vida lagi, dia tidak mahu mendirikan rumah tangga lagi sekiranya tidak mampu melahirkan zuriat apatah lagi usianya sudah semakin lanjut.

“Sebelum buat sebarang keputusan (untuk berkahwin), pertama sekali, saya kena tengok saya ini mampu melahirkan zuriat atau tidak.

“Jadi, saya akan buat ‘check up’ (pemeriksaan kesuburan) untuk memastikan saya boleh melahirkan zuriat. Selepas itu, barulah saya fikir perancangan selanjutnya sama ada untuk berkahwin atau tidak.

“Bukan apa, sekarang ini yang muda-mudi ini kalau tiada atau diikat dengan ‘zuriat’, nanti jadi susah. Kalau tanya saya, itulah yang perlu saya buat dahulu sekarang ini. Pastikan diri subur,” katanya.

Baru-baru ini, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan dia dan usahawan hampir berkahwin pada 2018.

Iqbal mengatakan dia dan Vida sudah bertemu kedua belah keluarga dan sudah pun membuat ujian kesuburan namun impian untuk berumah tangga tidak kesampaian.