Pelakon Bella Astillah berkata dia dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkesempatan menerima nasihat bermakna daripada Allahyarhamah Tun Dr Hasmah tiga hari sebelum beliau meninggal dunia.

Memetik Harian Metro, Bella berkata pertemuan selama lebih dua jam itu meninggalkan kesan mendalam dan Allahyarham turut berpesan agar menjadi wanita yang kuat dan sentiasa di sisi suami.

BACA: “Baik Kahwin Hari Ini” – Syed Saddiq Terpegun Tengok Kecantikan Bella Astillah

“Antara pesanannya, saya kena kuat dan sentiasa berada di sisi suami. Menjadi wanita yang lembut, tapi kuat. Walaupun perjalanan ini tidak mudah, selagi ada kepercayaan dan hormat pada suami, insya-Allah ia akan berkekalan,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata dia akan lakukan yang terbaik untuk menggalas tanggungjawab sebagai bapa kepada dua cahaya mata Bella.

“Saya bertuah kerana tanggungjawab dan amanah itu dilaksanakan dengan begitu baik oleh ibunya. Saya hanya sekadar pelengkap dan akan cuba buat yang terbaik untuk laksanakan amanah ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

×