“Saya Kena Belajar Terima Kritikan, Tak Boleh Letak Diri Bagus”

Sudah  genap 10 tahun berada dalam industri hiburan tanah air, pelakon dan pengacara Janna Nick teruja apabila kini sudah bergelar pengarah dan penerbit.

Muncul dengan telefilem pertama berjudul Delen, Janna berkata ianya pengalaman cukup bermakna apabila dapat mengarah dan menerbit hasil pertamanya itu.

BACA: Janna Nick Kekok Berlakon Dengan Kekasih Sendiri

“Sebelum ini tanggungjawab saya sebagai pelakon saja, tapi bila jadi pengarah dan penerbit saya kena rasa dan lalui semua perkara. Dalam masa sama, saya lihat ia beri kesan dari segi kerjaya lakonan.

“Apabila duduk di kerusi pengarah juga, baru saya rasa macam mana kalau pelakon tidak memberi, sekarang baru faham setiap pengara ada look dan feel yang mereka mahukan,” katanya.

Kata Janna lagi, penghasilan telefilem itu bukan sekadar mencuba tetapi mahu hasilkan lebih banyak karya berkualiti. Dalam pada itu, Janna berkata dia terbuka menerima kritikan daripada penonton untuk memperbaiki kualiti pengarahannya di masa akan datang.

“Saya kena belajar terima kritikan dengan hati terbuka. Saya tak boleh letakkan diri bagus. Saya akan terus belajar, lebih baik tegur dan kritik daripada tak ada langsung,” katanya.

×