fbpx

“Saya Jatuh Cinta Dengan Che Ta Waktu Dia Tak Pakai Mekap”

Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan.

Baru-baru ini, suami kepada pelakon itu iaitu Zain Saidin mendedahkan dia jatuh cinta dengan isterinya ketika aktres itu tidak mengenakan solekan di wajahnya.

BACA: Zain Saidin Tak Pernah Suruh Che Ta Buat Kerja Rumah

@rozitachewan1

Walaupun kami ipar duai tp jaqang2 la dpt jmpa.. msg2 sebok kata… depa plk kalau mai qumah , tk pukui 12 mlm depa tk sampai? tp nihhhhhh jaqang2 pulak Lan pet pet puji kami .. kiqa betui la tu kan???? . Tunggu besok tau … ya Allah ! Tk sabaq nnya kami ? . #cekangjelita #cheta #cekangsampaiqaya #rcw #rozitachewan #lanpetpet #fyp #fyp

? original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

Menerusi video dikongsikan di TikTok , Zain mengakui tentang perkara itu. Turut dilihat dalam video itu, pelawak Lan Pet Pet yang juga adik ipar kepada Che Ta turut mengakui kecantikan aktres berusia 51 tahun itu.

“Betul saya jatuh cinta dengan Che Ta (Rozita) waktu dia tak pakai make-up,” kata Zain

“Amboi, hang (awak) make-up cantik, tak make-up pun cantik,” kata Lan.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengakui sememangnya Che Ta memiliki kecantikan semula jadi dan mahu melihat wajah aktres itu tanpa mekap.