fbpx

“Saya Isterinya, Sudah Tentulah Tahu Luar Dalam”

Baru-baru ini tular di media sosial gambar bogel didakwa mirip pelakon Aeril Zafrel. Menafikan sekeras-kerasnya gambar tersebut adalah milik suaminya, Wawa Zainal memberitahu dia lebih mengenali Aeril berbanding individu tidak bertanggungjawab yang menyebar fitnah gambar tidak senonoh itu.

BACA: “Wawa Ketawa Tengok Gambar Lucah Itu”

“Saya isterinya, sudah tentulah saya tahu luar dalam. Memang mula-mulanya saya terkejut apabila ditunjukkan gambar tidak senonoh itu. Tetapi saya tertawa! Jelas sekali itu bukan Aeril! Bahagian wajahnya pun sudah berbeza terutama bahagian dahi apatah lagi bahagian badan lain.

“Jadi, sudah-sudahlah buat dosa. Sebar perkara tidak elok tentang suami saya. Itu bukan gambar Aeril.

“Terserah kalau nak simpan atau buang gambar tidak senonoh itu. Tetapi daripada pihak kami, tiada tindakan undang-undang akan dibuat terhadap sesiapa pun. Sebab terang-terangan itu bukan gambar suami saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu, Aeril memberitahu gambar itu sebenarnya sudah lama. Demi membuktikan individu dalam gambar tersebut bukan dirinya, Aeril memuat naik gambar bogel itu di media sosial tanpa menutup bahagian alat sulit lelaki terbabit namun sudah memadamnya.

Bagaimanapun, tindakannya itu tidak disenangi netizen yang menganggap Aeril tidak profesional menanggani gosip liar.