Pengacara Maria Tunku Sabri berkata sebelum dia menjalani pemnedahan bariatrik, dia perlu solat dalam keadaan duduk selama hampir 10 tahun kerana masalah sakit lutut.
Memetik mStar Online, Maria berkata selepas melakukan pembedahan berkenaan pada Julai lalu tahap kesihatannya semakin baik.
BACA: “Ada Yang Panggil Saya Roslan Shah” – Maria Tungku Sabri Jalani Bariatrik Demi Kesihatan
“10 tahun saya solat atas kerusi sebab saya ada sakit lutut yang teruk, tapi lepas buat pemdebahan Alhamdulillah sekarang saya boleh solat berdiri.
“Sakit lutut saya sebelum ini teruk sampai kalau berjalan dengan kawan-kawan di luar negara, saya pasti akan ketinggalan satu kilometer di belakang,” katanya.
Sementara itu, Maria turut merasakan tahap kesihatannya kini juga kembali muda serta bersyukur tidak perlu lagi mengambil ubat darah tinggi yang diamalkan sejak 19 tahun lalu.
“Selepas buat pembdahan itu memang kesihatan saya bertambah baik. Setiap bulan saya lakukan ujian darah dan doktor mendapati fungsi dalaman saya ibarat gadis usia 18 tahun,” katanya.
Sumber: mStar Online