fbpx

“Saya Hanya Budak Kampung, Dulu Nak Lepak RM5 Pun Tak Ada”

Dinobat sebagai Bintang Paling Popular (ABPBH33) dan memenangi Top Top MeleTOP Lelaki di Anugerah MeleTOP ERA, ternyata 2020 merupakan tahun terbaik buat penyanyi dan komposer muda Haqiem Rusli.

Tidak pernah terfikir akan merasai nikmat kejayaan yang dikecapinya kini, Haqiem berkata dahulu dia hanyalah seorang budak kampung. Namun, sejak tiga tahun lepas kehidupannya berubah.

BACA: Haqiem Rusli Mahu Wanita Berhijab Dalam MV, Sweet Qismina Tak Kecil Hati

“Saya tak pernah jangka. Saya pun tak sangka semua ni berlaku dalam hidup saya. Suatu masa dahulu, saya hanya budak kampung tiba-tiba segalanya berubah 360 darjah.

“Jujur saya katakan, dulu kalau saya nak lepak RM5 pun saya takda. Dalam 2017, semuanya berubah,” katanya.

Meskipun ramai menanganggap kontroversi sebelum ini merupakan batu loncatan bagi kejayaannya sekarang, namun bagi Haqiem segalanya telah diatur dengan baik oleh yang maha Esa.

“Betul tu, sebab tu saya kata perjalanan hidup ini memang telah diatur. Mungkin segala yang berlaku itu adalah proses kematangan saya. Allah nak bagi saya jatuh untuk saya mengetahui apa erti kehidupan ini,” katanya.