fbpx

Haqiem Rusli Mahu Wanita Berhijab Dalam MV, Sweet Qismina Tak Kecil Hati

Menafikan terjadi perselisihan faham antaranya dengan penyanyi Haqiem Rusli, pelakon Sweet Qismina berkata dia yang menarik diri daripada membintangi muzik video single terbaru penyanyi itu berjudul Mimpi.

Ujarnya, dia menghormati pendirian Haqiem yang mahukan wanita berhijab dalam muzik videonya itu serta keputusan menarik diri itu dibuat secara baik.

BACA: Haqiem Rusli Teringin Nak Berlakon, Tapi Tak Nak Sentuh Pelakon Wanita

“Tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku. Memang saya dan Adam dah sampai ke tempat pengambaran muzik video itu namun selepas diadakan perbincangan dengan Haqiem, pihak pengurusannya dan pihak penerbitan drama Bidadari Salju, saya ambil keputusan undur diri.

“Saya hormati pendirian Haqiem yang mahukan wanita bertudung dalam muzik video dia. Isunya bukan sebab saya tidak mahu memakai tudung, tapi saya perlu ikut karakter yang saya bawakan dalam bidadari Salju yang mana watak itu tidak memakai tudung,.”

“Kalau saya bertudung, lain daripada karakter yang dibawakan dalam drama, netizen akan kecam macam-macam pula… tahu sahaja kan netizen macam mana,” Katanya lagi.

Tidak berkecil hati dengan pendirian dan prinsip Haqiem, Sweet turut mempromosikan muzik video tersebut di Instagram miliknya memandangkan lagu Mimpi itu merupakan lagi OST Bidadari Salju lakonannya.

“Saya hormati kerjaya dia sebagai penyanyi dan dia juga hormat kerjaya saya sebagai seorang pelakon.”

“Sayang memang sayang, sebab muzik video ini pasal drama lakonan saya.Tapi lebih baik saya undur diri sebab nanti akan jadi pelik dalam muzik video saya pakai tudung, tapi dalam drama saya tidak bertudung pula,” Tambahnya.