Masa berbaki dua bulan sebelum melahirkan anak pertama, Elfira Loy meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami alahan pelik ketika mengandung. Pun begitu Elfira banyakkan berehat sebelum menanti hari bersalin.
BACA: “El Tak Mabuk, Alkohol Tak Baik Untuk Baby”
“Alhamdulillah, saya tiada alahan bukan-bukan. Setakat ini semua okey. Boleh saya katakan proses kehamilan anak pertama ini dipermudahkan dan segalanya senang untuk dilalui oleh saya. Bab makanan pun tiada mengidam yang pelik”
Mengakui berasa gementar kerana ianya kehamilan pertama, Elfira akhirnya merasai ketakutan yang dialami ibu-bu lain. Namun Elfira berharap peminat dapat mendoakan proses kelahirannya nanti dipemudahkan.
“Cuma saya dinasihatkan oleh ibu dan ibu mertua supaya banyakkan berehat. Saya rasa semua wanita yang bakal melahirkan anak terutama bayi sulung akan mengalami perasaan sama seperti saya. Gementar sebab perkara paling susah adalah untuk melahirkan anak”
“Selepas melalui sendiri proses kehamilan sejak hari pertama sampailah sekarang, saya bersyukur kerana Allah melancarkan semua proses dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan saya mudah bersalin nanti,” jelasnya.
Bertuah Elfira diberikan kemudahan sejak usia kandungan masih awal sehingga sekarang. Diharapkan proses bersalin Elfira yang dijangka Oktober ini dipermudahkan juga dan selamat buat keduanya. (rtky/w)