fbpx

“El Tak Mabuk, Alkohol Tak Baik Untuk Baby”

Bakal melahirkan cahaya mata sulung pada Oktober depan, pasti ramai peminat ingin tahu bagaimana proses kehamilan pertama pelakon Elfira Loy.

Baru-baru ini di Instagram, Elfira membuka ruang kepada peminat untuk bertanyakan soalan kepadanya. Bagaimanapun, salah satu soalan yang dijawab oleh Elfira mengenai kehamilannya menimbulkan sedikit kekecohan.

BACA: Tak Tahu Siang Ikan, Elfira Loy Diperli Netizen

Netizen itu bertanyakan adakah Elfira mengalami mabuk sepanjang hamil namun jawapan diberikan pelakon itu agak mengelirukan.

Seperti sudah dijangka, perkara itu menjadi bualan hangat di media sosial dan rata-rata netizen meluahkan rasa tidak suka dengan cara Elfira menjawab soalan tersebut.

Kata netizen lagi, Elfira seakan ingin ‘sarcastic’ namun ada yang berpendapat bahawa pelakon itu tak faham soalan. Tidak kurang juga ada yang mengatakan tiada masalah untuk ‘sarcastic’ tetapi biarlah kena pada tempatnya.

Namun ada netizen mempertahankan tindakan pelakon itu yang sekadar ingin bergurau sahaja. Netizen pun janganlah ambil serius dengan jawapan tersebut, mungkin Elfira tiada niat untuk menimbulkan kekeliruan.